Tuesday, April 19, 2011

SCUK 11

Assalamulaikum para akhawat …

Rasenye dah lame saya x tulis kat blog ni. Erm, saya nak citer experience saya pg spring camp (SCUK11) kat hijjaz Islamic college nuneaton, Warwickshire baru2 ni…



First, saya expect spring camp should be hot lah kan? Maklumlah, name pun spring tp sangkaan saya btol2 terpesong. Sesampainye saya kat sane, punye r terkejut. Kami kene berspring camp dlm tent yg dibina atas tar. Mula2 mmg surprise, biar btol nak wat program kat sini? Sgt sejuk n lantai yg berbatu2. Pastu, lagi surprise bila dpt tau kami akan wat sume aktiviti kat situ, berprogram, tido, makan n solat kat situ. Biar btol??? Mula r dtg complaint yg mcm2. Manusia ni mmg x pandai bersyukur kan? Termasuklah saya.

Senang bagi mulut kita utk menyeru org lain bersyukur, tp bila kita berada dlm situasi tu, baru kita sedar yg cakap mmg senang tp bikin itu perkara susah kawan2.. ..

Mulalah saya merungut dlm hati, ishh, nape r tempat ni camni..adoi, camner nak sleep mlm nnt? Abes r aku beku dlm tent ni…mula r saya berprasangka yg bukan2.

Alhamdulillah n thanks Allah sbb menyedarkan saya, slps berborak dgn seorg ukhti ni, baru saya sedar situasi sebenarnye. Adalah sgt zalim n tidak adil sekiranya saya myalahkan pihak penganjur atas ketidaksempurnaan n ketidakeselesaan ini sdgkan mereka sudah bersusah payah mengatur segalanya.  Rase sgt bersalah bila melihat para akhawat bekerja keras utk memberi  keselesaan pada kami. Sgt kagum pada kelompok hamba Allah yg tidak pernah mengeluh bahkan sentiasa melontarkan senyuman yg cukup manis tatkala melayan rungutan dr kami. Mereka sanggup bersusah payah utk kami.

Bertapa mereka benar2 menghayati hadis Rasulullah saw

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)

(Hadis 13)

Mula2 rase ishh, nape r aku g spring camp ni? Tapi akhirnya saya sedar inilah jalan terbaik bg saya utk mentarbiah diri disebalik ketidakselesaan ini. Tibe 2 teringat firman ALLAH.

Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa saya rasa ini terbaik utk saya?
Sebab......Banyak bende saya belajar dari spring camp kali ini...

1. Kagum dgn ukhti2 yg sgt baik n x lokek dgn senyuman. Mengutamakan org lain lebih dr diri mereka sendiri. Syabas ukhti, may ALLAH always bless u. Mintak2 r saya juga akan berjaya menjadi spt anda semua.

2. Sedar yg ALLAH adalah sebaik2 perancang. ALLAH memberi kami direct tarbiyah dgn mengurniakan tmpt tidur n program yg sgt sejuk shg kami semua tidur menggigil2... baru saya sedar situasi itu benar2 mengajar saya utk sentiasa bersyukur dgn sumer nikmatnye selama ini.
Dikurniakan kamar tidur yg selesa, ada duvet, heater n mcm2 lagi. Sdg kami hendak tidur dlm sleeping best berlantaikan tar yg berbatu2, ditengah2 suhu yg cukup rendah, tibe2 saya terase bagaimanakah perasaan homeless people n mereka mangsa bencana dijepun haritu...
Baru saya dpt memahami perasaan mereka selama ini..

3. Alhamdulillah, mlm kedua kami dpt berpindah ke ruang yg lebih selesa, dlm gym yg warm n sgt comfortable. Barulah saya rasa benar2 bersyukur. Utk kita menghargai sesuatu kadangkala ALLAH akan mengurniakan kesusahan dahulu, supaya kita sedar bertapa nikmatnya pemberian tuhan itu. Satu tarbiyah yg sgt bermakna buat saya.

4. Berprogram bersama para ukhti yg cukup berilmu membuat saya utk berusaha lebih gigih mendalami ilMU ALLAH. Kdg2 rase diri ini sgt penuh kekurangan apabila berhadapan dgn para ukhti yg hebat2 belaka. Saya sedar, life is a learning process. Learning is a never ending process.  Di atas kita sentiasa ada insan yg lebih hebat dr kita. Namun, kita juga harus sentiasa mencabar diri kita utk menjadi sehebat mereka dlm berbuat kebajikan. Inshaallah...
Teringat kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Kisah dr al-QURAN yg penuh dgn tarbiyah utk kita..

Lastly, Alhamdulillah for giving me a such great opportunity n experience in this spring camp. For ukhti2 tersayang, terima kasih atas kerja keras anda, semoga ALLAH akan membalas kebaikan anda semua. Inshaallah. AL-QURAN DUSTURINA!!! 

Ni die lagu tema camp kami.
EnJOy!!!


5 comments:

  1. ^___^ semoga lela sehat2 je kat sane!

    ReplyDelete
  2. hehe, cik lela:)
    i like this post:)

    ReplyDelete
  3. Salam .. Lela ! =)

    Nice one ..

    Alhamdulillah, walaupun kite duk merungut dan kurg bersyukur bla3, Allah still bg hidayah utk kita sedar kesalahan kita n cuba utk membetulkannya ..

    Nice to know u .. may Allah bless! =)

    ReplyDelete
  4. waaaa.nak nages.i should go kan lela! i should.but i'd classes that day.awesome post lela! thumbs up!

    ReplyDelete
  5. ann: its okay. inshaallah, we will have another camp this june. i think u can go coz u dah habis exam time tu.

    ReplyDelete