Wednesday, April 20, 2011

Anda LaPAr?

Okay, tadi saya tgh lapar n skrg saya dah kenyang. Alhamdulillah. Ehmm, skrg ni rase cam nak citer pasal makanan kat anda sumer.

Saya tahu, ramai yg suka makan, saya pun suka makan gak. Maklumlah, saya kan org Malaysia- negara yg kaya dgn sumber makanan yg sedap2 belaka. Maka bila dah sampai UK ni, lidah asyik teringinkan masakan2 melayu. Since saya duduk di Brighton, satu kawasan yg sgt sikit populasi muslim apatah lagi org melayu, maka kalau nak makan masakan melayu, kami kene r rajin memasak. X boleh malas2 sbb klu malas alamatnya makan mee segera r gamaknya.

Ehmm, tibe2 teringat kata2 seorang ukhti ni: “makanan yg dimakan akan mempengaruhi perlakuan manusia”. Masa kita lapar, ehhmm, kadang kala kita jadi mudah marah or x sabar n mase kita kenyang maka badan pun jadi malas n apa lagi jom tido…haha…

Hubungkait antara makanan dan karakter manusia.

Ibnul Qayyim berkata: "Seseorang akan memiliki kemiripan karakter dan sifat dengan jenis makanan yang dikonsumsinya. 
At-tibyaan fi Ahkamil Qur'an karangan Ibnul Qayyim I/236.

Islam dan makanan:

Islam amat menitikberatkan soal makanan dlm kehidupan seorang muslim.

Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
 (2: 168)


Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (HR Muslim)


Ehmm, bila saya duduk kat UK ni, baru r benar2 menghargai n menitikberatkan status halal n haram pd makanan. Bila beli groceries atau apa2 makanan, maka sudah menjadi satu rutin utk kami meneliti ingredient2 yg terdapat pd label makanan tersebut. Mungkin di sesetengah kawasan di UK ini, amat mudah utk kita mendapat makanan2 yg halal, tp disesetengah tmpt yg lain, kami byk bergantung pd label “ suitable for vegetarian” or “ vegan”.

Masa mula2 saya sampai kat sini, saya sgt takut nak beli apa2 makanan pun dkt supermarket. Takut x halal tp lame2 Alhamdulillah, kami belajar cara nak mencari makanan2 yg halal kat sini. Tp kdg2, disebalik label vegan or vegetarian tu, ade jugak ingredient cam wine dlm makanan tu. Maka sebab itulah, kami kene belek2 dulu label b4 beli any kind of food.

Tulah, kdg2 saya terfikir, kat Malaysia saya tidaklah seteliti ini semasa membeli makanan. Maybe we take everythin 4 granted, we assuming everythin is halal. We not  concern much about dis thing in msia. Sbb kita rase secure n fikir sumenya halal sdgkan ada juga makanan or snek yg xde pun tanda halal.kadangkala kita main rembat jer..entahlah, saya pun terase camtu gak. Bila sampai sini, baru r rase kepentingan membaca label b4 membeli sesuatu makanan tu. Ada hikmahnya tuhan hantar kami belajar kat sini.

Okay2, since kat sini x banyak kedai makan halal, maka saya pun belajarlah utk merajinkan diri memasak kat umah. Ehmm, x boleh r nak expect masak lemak pucuk ubi or ikan bakar cicah air asam kat sini kan? Maka kami pun guna r kreativiti n ingredient2 yg ade utk masak Malaysian food kat sini..

Ape yg saya suka masak n makan?

1. Laksa penang.

Resepi ni paling simple
Carik r mee laksa or dorang panggil rice stick dari oriental shop (rendam n rebus mee tu).

Utk kuah die:
Guna tuna chunk or pilchard in brine sbg ganti isi ikan sardine. Blend bawang merah, bawang putih, belacan , cili kering, cili api n tuna chunk. Pastu bubuh dlm periuk. Panaskan api, masukkan asam keping n then daun kesum (tu kalau ade r), kalau xde pun xpe. Inshaallah, still lagi jadi laksa. After tu masukkan garam secukup rase.

Hiasan: telur rebus, timun, salad, bawang besar yg dihiris n cili merah

Jeng.je.jeng!!! jadi r laksa penang.


2. Saya suka masak bende simple cam mee sup ni.


Or maybe just nasi goreng kunyit (yg ni sgt simple n mudah especially bila barang kat fridge dah habis)

3. Spaghetti goreng ikut suka hati.


4. Ni die hasil menjala di dapur..roti jala org bujang..



So, kesimpulannya, anda x perlu jadi terrer cam Chef Wan utk memasak makanan2 ni. Yg ptg anda kene berani mencuba. Masak r dgn hati yg ikhlas n  gembira, Inshaallah, makanan anda akan menjadi lebih sedap. 
JOm, Mari mEMASAK!!!

p/s: Dengan memasak sendiri di rumah, anda dpt memastikan  kehalalan makanan anda n yg lagi best perut anda pun kenyang!!! 

No comments:

Post a Comment