Sunday, April 24, 2011

Kerana poHON seMALU...

Alhamdulillah kerana saya masih dikurniakan kesempatan utk menulis kali ini...
Harini, saya nak citer pasal MALU..
Apa itu MALU? malu tapi mahu? malu malu kucing? 

Ehmm, malu....saya rasa anda semua tahu apa itu malu tp apa kaitan tajuk entry ni dgn malu ye? Pohon semalu n malu? Ada kaitan ke? Atau sekadar persamaan dari segi ejaan je? 

Ehhmmm...mcm ni, 

Suatu hari Rasulullah berjalan dgn puterinya Saidatina Fatimah. Setibanya di bawah pohon tamar, tiba2 kaki Fatimah berdarah n dia mengadu kesakitan. ehmm, anda tahu kenapa kaki Fatimah berdarah?

Sebab........ Fatimah terpijak pohon semalu.

Tahu x macam mana rupa pohon semalu? Dlm Bahasa Inggeris dikenali sbg mimosa pudica. Alah, pokok yg kita seronok pijak2 time kecik dulu sbb pokok ni unik tau...Siap boleh kembang kuncup lagi....


Okay2, sambung balik kisah Fatimah n Rasulullah tadi.....

Fatimah pun mengadu n bertanya kpd Rasulullah dgn nada yg sedikit marah...Apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ??
Dengan tenang, Rasulullah menjelaskan kpd puteri kesayangannya ttg perkaitan rapat antara pohon semalu dan wanita...
Mendengar kata2 ayahnya, Fatimah berasa sgt terkejut...

Kawan2, agak2 nya apa kaitan pohon semalu ni dgn wanita ye? Berikut adalah penjelasan Rasulullah..Kaum wanita harus mengambil pengajaran dr sifat pohon semalu berdasarkan 4 aspek:


1. Pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. Hal ini samalah dgn wanita. Wanita seharusya perlu mempunyai perasaan malu n perasaan malu itu haruslah pd tempatnya. Pohon semalu xdelah menguncup tanpa sebab kan?

2. Semalu ni ada duri yg tajam sbg perisai utk mempertahankan dirinya. Maka, seorg wanita perlulah tahu n sentiasa berusaha utk memelihara maruah dan kehormatan dirinya. Ingatlah kawan2, maruah kita sbg seorg wanita muslim sgt2lah berharga n haruslah sentiasa dipertahankan. Sebab ALLAH  menciptakan wanita itu dgn keindahan n kecomelan masing2, so, jaga diri kita sume baik2 tau..Jgn biarkan org menganggu kecomelan diri kita…

3. Anda tahu x, pohon semalu ada akar tunjang yg sgt kuat....(igt lagi x pelajaran sains masa sekolah rendah dulu..alah akar tunjang ni kan sgt kuat, n mencengkam bumi). Ini bermakna, sbg seorg wanita, kita haruslah mempunyai keterikatan dan pergantungan yg sgt kuat n teguh dgn Allah s.w.t. 

4. ehhmmm. cuba teka apa dia yg terakhir?
Kalau anda suma perasan, menjelang senja, semalu akan kuncup dgn sendirinya. So, golongan wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu menjelang waktu senja. elakkan berpelesaran di waktu2 begini...bahaya tau!!!

Buat akhirnya, sama2 lah kita mengambil pengajaran dari pohon kecil bernama pohon semalu. 

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah bersabda pada Al Asyad al 'Asyri: 
"Sesungguhnya dalam dirimu terdapat dua hal yang dicintai Allah iaitu kesabaran dan rasa malu." 
(Musnad Ahmad)

5 comments:

  1. trima kaseh kerana berkongsi dan saling mengingati :)

    ReplyDelete
  2. no problem sister....
    same2 kita ingat mengingatkan ..inshaallah..

    ReplyDelete