This is my story....
Just wanna to share some experiences n thoughts.
Friday, May 13, 2011
Sunday, May 8, 2011
My WonderFUL wOman..
Salam, semua.
Yahuu!!! Today is mother's day. Selamat hari ibu utk mak saya yg tersayang. Semoga Allah akan sentiasa memberkati kehidupan mak a.k.a mama (sumer adik beradik saya panggil mak tp adik bongsu saya yg start calling her mama), so last2 kami pun ikut r panggil mak mama.
Sebenarnya, family kami x pernah celebrate mother's day coz for us everyday is mother's day. Baru lepas calling my mom kat M'sia. Rase sgt seronok bile dpt dgr suara mak. Even though I call her everyday, but I still feeling very excited every time I call her.
Semenjak saya dtg UK ni, menelefon emak di M'sia adalah agenda wajib saya setiap hari. X tau r nape, but saya akan rase my life is not complete if I'm not calling her that day. Sbb tu gak r saya still tak amik UK phone contract wpun dah hampir nak abis first year kat sini. Lebih selesa pakai Lebara mobile sbb saya dpt call M'sia at lower cost. Kdg2 mak saya pesan, x yah r call mak hari2...nnt abes duit tu.t Tp saya tau klu satu hari tu saya x call mak saya, mesti mak saya risau, so better call her everyday kan? keke..Lagipun, x rugi klu kita spend 1 pound everyday tuk cakap ngan mak kita kan? Lebih berbaloi dari spend duit tuk call bf or gf.
Citer balik pasal mak saya..
Mak saya ni seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Suri umah yg sgt dedicated n loving. Maybe, korg cakap saya puji mak saya lebih2 plak, tp hakikatnya saya tau mak merupakan anugerah x ternilai dr Tuhan utk saya.
Mak saya sgt naif n penyabar orgnya. Sgt peramah n sporting. So, saya anggap mak sbg kawan baik yg blh diajak bergurau n sgt tolerate. Mak jarang marah, tp klu sekali marah, mmg kecut perut.
Mak saya ni byk sgt berkorban tuk kami. Emak saya ni x pandai drive, so terpakse r jalan kaki je. Sejak saya saya sekolah tadika, mak r yg ari2 ulang alik amik saya dr sekolah. Pastu time sek rendah, mak gak r yg rajin jln kaki semata2 nak antar food tuk saya n adik saya, sign report kad saya tiap2 sem n x pernah miss attend hari kecemerlangan kt sekolah kami. Kadang2 saya rase sedih tgk mak saya terpaksa jln kaki n suggest kat mak, x yah r susah2 dtg sek kami. Time saya amik SPM, mak sanggup amik bus n jln kaki untuk hantar lunch. Saya sgt terharu time tu, n berjanji yg saya akan pass SPM with flying colours.
Kasih sayang mak saya x berhenti kat situ, time saya dpt demam chikungunya dulu, mak r yg jage saya dgn sgt baik. Saya demam teruk time tu n x boleh nak jln. Mak jage saya dgn sgt2 baik sebagaimana mak jaga adik saya yg masih kecil. Tapi mase mak dpt demam chikungunya, saya sgt sedih sbb saya x de kat umah time tu. Rase cam nak ponteng kelas n lari dari kolej je time tu.
Setiap kali org citer psl mak ni, saya mesti x boleh tahan n akan nangis automatically. Saya tahu saya bukan r anak yg terbaik tuk mak, tp smkn saya dewasa sya sedar, hidup saya ni x lame, so, saya kene r berusaha tuk jadi anak yg terbaik tuk mak.
Time kat KMB, org selalu tanye nape saya suka balik umah every weken? Sebab saya nak balik n jumpe mak saya. Dah r saya ni anak pompuan, nnt klu saya dah kawin saya kene plak ikut suami saye,so, bile lagi saya nak jaga n spend time saya ngan family kan? Tp saya sedar quality is more important than quantity. Hopefully, saya dpt spend my precious time with my mom time summer nnt.
Kawan2, so, ape yg kita perlu buat untuk ibu bapa kita ?
1. Doakan r mereka setiap hari. Kenang mereka dlm doa kita n insyaAllah Allah akan sentiase merahmati kehidupan mereka n kita.
"Oh Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku waktu kecil."
2. Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
3. Berusaha r menjadi anak yg soleh kerana doa anak yg soleh itu InsyaAllah dpt membantu ibu bapa kita sama ada yg masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
p/s: Sorry r kawan2 klu saya membebel panjang harini. I have nothin but LOVE n RESPECT for my mom, Pn. Siti Rukayah bt Ihsan. Luv u mom....
HAPPY MOTHER'S DAY TO MY MOM & ALL WONDERFUL MOMS ALL OVER THE WORLD..
Wednesday, May 4, 2011
A day as a MEDical Student
Apa kabar korang sumer? Sihat? Alhamdulillah.
Okay, arini saya nak citer pasal experience semalam. Ehmm, biase r semalam kan ari selasa, so, saya kena r pg clinical skill class. Pagi tu mmg rase malas btul nak pg kelas sbb dah 4 hari holiday- bank holiday. Maklumlah lepas prince William n Kate kawin, pastu sambung cuti weken n cuti labour day.
Tp since skrg ni dah summer, maka pukul 5.30am pun dah sgt cerah. Mmg mata anda automatically akan terbuka. Setiap 1 jam saya akan terbangun dari tidur sbb rase mcm dah siang, tp padahal baru pkl 2am, 3am, 4am, 5am. Okay, sambung balik citer clinical skill tadi.
Pagi ni tema die: emergency medicine. So, kene pg 6 session yg berbeza tapi asyik2 ulang step yg same.
A
B
C
D
E
Ape kebendenya belajar alphabets kat medical school ? haha…tp bende tu r yg asyik lecturer ulang pg tadi. A for AIRWAYS, B f or BREATHING, C for CIRCULATION, D for DISABILITY n E for EXPOSURE.
Okay after lunch, (padahal x pg lunch pun), so, saya kene pg surgery plak . Observe GP consultation. Turun naik bas, n then sempat singgah ASDA beli hole puncher n donut tuk lunch. Pastu, take another bus to County Oak Med Centre. Sbb excited nak naik bas, lupe plak nak tunjuk bus pass kat driver. Pastu ape lagi, driver tu pun cakap:
"show me the money…money!!! ."
NASIB BAIK r xde org kt dlm bus tu, so cepat2 r cakap I’m SORRY…n terus cepat2 duduk.. cover malu r katekan.
Sampai awal kat Med CENTRE tu. So, boring n x tau nak watpe. Okay, last2 GP tu kuar n ajak kitorg pg home visit. So, arini dpt r jalan2 naik kete ngan GP tu sambil wat home visit. Ala2 rombongan sekolah gitu. On the way g umah patient tu, my course mate tanye kat GP tu:
“ehhm, doctor x bawak sticker kete ke?” ( sticker tu acknowledge yg kita ni GP n then nnt sng r nak parking).
Pastu GP tu kate:
“xpe . kat brighton ni senang nak carik tmpt parking. No worries r.” (aku translate dlm BM r ye)
Dipendekkan cite, kitorg pun smpi r kat flat Uncle S. Cian die sbb terpaksa pakai nasal cannulae tuk supply oxygen. Pak cik ni ade penyakit lung fibrosis n sejak dua menjak ni keadaan die makin teruk. Dapat r dengar wheezing sound tiap kali pak cik ni nak bernafas. Ada tanda2 centrally cyanosis n clubbing. Pastu, kitorg practice wat lung percussion kat uncle tu. N then uncle tu tunjuk r oxygen concentrator machine yg die guna. Aku terkejut gak, banyak n besar sungguh mesin tu.
Pertemuan dgn uncle ni wat aku berfikir n bermuhasabah diri sejenak. Alhamdulillah, sbb Allah masih bg kita kesempatan utk menyedut oxygen tanpa halangan. Cuba bayangkan bertapa susahnye uncle tu nak bergerak sbb terpaksa bergerak dgn wayar2 oxygen kat hidung die…ehhhmmm, kita kene bersyukur sgt kawan2. ALLAH x charge 1 sen pun utk setiap molecule oxygen yg kita sedut. FREE je..sdgkan uncle tu (in this case NHS) terpaksa bayar mahal utk oxygen supply machine tu….REFLECTION: sentiase bersyukur.
After kuar dari flat pak cik tu, tiba2 nampak truck clamping kereta. Nasib baik kitorg cepat, klu x mesti kereta tu dah kene clamp. Sgt effisien pekerja2 kat sini, jap je dorang nak clamp kete yg parking tanpa permit kat mane2 private parking. LEARN another lesson today: kene sentiase prepare dlm ape jua keadaan. Mcm kes GP tu, b4 this dia kata dia x pernah bawak sticker kereta tu sbb x pernah kene pulak kene clamp b4 this. Tapi harini lain pulak yg jadi. So, moral of the story is: always be prepared in any circumstances n always expect the unexpected. We never know what’ll happen. So, better be prepared.
Kembali ke surgery tuk observe GP consultation. N I came across another interesting issues today- CONTRACEPTIVE PILLS (CP). Ade sorg teenager umur dlm belasan tahun dtg ngan mommy die psl irregular period problem. N then, her mom ask the GP to prescribe her daughter with contraceptive pill for her menstrual problem (in this case the pills are using as hormonal therapy rather than contraceptive purpose).
At first, aku mmg agak terkejut r. Ehmm, x sangke plak budak2 kat sini dah amik contraceptive pill since usia yg sgt muda lagi. Sbb seingat aku kat msia, CP ni dianggap mcm taboo especially kat rural areas. Ye r, mak2 je yg amik pil ni kan? Tuk family planning. X terfikir plak boleh amik sbg hormonal therapy.Then GP tu pun citer r psl CP prescription kat UK ni. Ehmm, baru aku tau nape bende ni sgt common kat sini. Coz budak2 kat sini start having sex at such young age, so the government terpakse provide CP as a solution to control early pregnancy. They have to do something to control the damage.
Bila aku fikir balik, ehmm, betapa indahnya ISLAM tu kan? Larangan mengadakan hubungan seks sblm berkahwin tu sgt perfect. If we follow the religious taught, inshaALLAH r government pun x payah nak wat cam kat UK ni. Islam sgt menjaga kemaslahatan umatnye. Menjauhkan kita dari problem2 yg x kita ingini. INDAH kan ISLAM? Sgt INDAH…
Okay, that’s my story today. Hope u learn something from it.
Sunday, April 24, 2011
Kerana poHON seMALU...
Alhamdulillah kerana saya masih dikurniakan kesempatan utk menulis kali ini...
Harini, saya nak citer pasal MALU..
Apa itu MALU? malu tapi mahu? malu malu kucing?
Ehmm, malu....saya rasa anda semua tahu apa itu malu tp apa kaitan tajuk entry ni dgn malu ye? Pohon semalu n malu? Ada kaitan ke? Atau sekadar persamaan dari segi ejaan je?
Ehhmmm...mcm ni,
Suatu hari Rasulullah berjalan dgn puterinya Saidatina Fatimah. Setibanya di bawah pohon tamar, tiba2 kaki Fatimah berdarah n dia mengadu kesakitan. ehmm, anda tahu kenapa kaki Fatimah berdarah?
Sebab........ Fatimah terpijak pohon semalu.
Tahu x macam mana rupa pohon semalu? Dlm Bahasa Inggeris dikenali sbg mimosa pudica. Alah, pokok yg kita seronok pijak2 time kecik dulu sbb pokok ni unik tau...Siap boleh kembang kuncup lagi....
Okay2, sambung balik kisah Fatimah n Rasulullah tadi.....
Fatimah pun mengadu n bertanya kpd Rasulullah dgn nada yg sedikit marah...Apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ??
Dengan tenang, Rasulullah menjelaskan kpd puteri kesayangannya ttg perkaitan rapat antara pohon semalu dan wanita...
Mendengar kata2 ayahnya, Fatimah berasa sgt terkejut...
Kawan2, agak2 nya apa kaitan pohon semalu ni dgn wanita ye? Berikut adalah penjelasan Rasulullah..Kaum wanita harus mengambil pengajaran dr sifat pohon semalu berdasarkan 4 aspek:
1. Pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. Hal ini samalah dgn wanita. Wanita seharusya perlu mempunyai perasaan malu n perasaan malu itu haruslah pd tempatnya. Pohon semalu xdelah menguncup tanpa sebab kan?
2. Semalu ni ada duri yg tajam sbg perisai utk mempertahankan dirinya. Maka, seorg wanita perlulah tahu n sentiasa berusaha utk memelihara maruah dan kehormatan dirinya. Ingatlah kawan2, maruah kita sbg seorg wanita muslim sgt2lah berharga n haruslah sentiasa dipertahankan. Sebab ALLAH menciptakan wanita itu dgn keindahan n kecomelan masing2, so, jaga diri kita sume baik2 tau..Jgn biarkan org menganggu kecomelan diri kita…
3. Anda tahu x, pohon semalu ada akar tunjang yg sgt kuat....(igt lagi x pelajaran sains masa sekolah rendah dulu..alah akar tunjang ni kan sgt kuat, n mencengkam bumi). Ini bermakna, sbg seorg wanita, kita haruslah mempunyai keterikatan dan pergantungan yg sgt kuat n teguh dgn Allah s.w.t.
4. ehhmmm. cuba teka apa dia yg terakhir?
Kalau anda suma perasan, menjelang senja, semalu akan kuncup dgn sendirinya. So, golongan wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu menjelang waktu senja. elakkan berpelesaran di waktu2 begini...bahaya tau!!!
Buat akhirnya, sama2 lah kita mengambil pengajaran dari pohon kecil bernama pohon semalu.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah bersabda pada Al Asyad al 'Asyri:
"Sesungguhnya dalam dirimu terdapat dua hal yang dicintai Allah iaitu kesabaran dan rasa malu."
(Musnad Ahmad)
Saturday, April 23, 2011
MaTI itu PaSTI...
Assalamualaikum n kaifa halukum?
Harapnya sume2 sihat belaka. Alhamdulillah, spring sudah menjelma, cuaca pun smkn bertambah baik. Syukur kpd Tuhan atas nikmat matahari ini...
Tadi saya call mak saya n suddenly mak saya beritahu yg seorg jiran n sahabat baik keluarga kami tlh pulang ke rahmatullah. Mula2 i cannot believe it coz i think she is fine n healthy as always. Im still in the state of denying.
Saya betul2 terkejut dgn berita ini. Tiba2 saya rase sgt sedih sbb arwah ni seorg yg sgt baik, pemurah n sgt caring dgn family saya. Waktu keluarga saya dlm kesusahan, arwah n suami die sering x lupa menziarahi kami. Saya sgt bersimpati dgn keluarga arwah sbb anak2 die still kecil lagi. Disaat arwah pergi, si bongsu masih lagi x mengerti apa-apa.
Walaupun saya tiada sewaktu jenazah diuruskan, tp mendengar bagaimana reaksi anak kedua arwah dari mulut mak saya sudah cukup membuat saya rase sgt sedih. Anak kedua arwah ni sgt rapat dgn ibunya sbb dahulu dia pernah menderita penyakit leukimia. Dia rasa terkesan dgn pemergian ibunya sbb dahulu arwahlah yg sentiasa menemani dan menjaga dirinya sewaktu dia bergelut dgn penyakit maut itu. Kini, siapakah yg akan menjaga dirinya dan adik beradiknya stlh ketiadaan ibu tersayang?
Tiada apa yg mampu saya lakukan di saat ini, hanya secebis doa agar arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman. Buat keluarga arwah, moga ALLAH memberi ketabahan dan kesabaran utk anda menghadapi dugaan ini. AMIN.....
Firman Allah:
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami".
(Al-anbiya': 21:35)
Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
(Al-jumuah: 62:8)
P/S: sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah buat hamba ALLAH ini.
Wednesday, April 20, 2011
Anda LaPAr?
Okay, tadi saya tgh lapar n skrg saya dah kenyang. Alhamdulillah. Ehmm, skrg ni rase cam nak citer pasal makanan kat anda sumer.
Saya tahu, ramai yg suka makan, saya pun suka makan gak. Maklumlah, saya kan org Malaysia- negara yg kaya dgn sumber makanan yg sedap2 belaka. Maka bila dah sampai UK ni, lidah asyik teringinkan masakan2 melayu. Since saya duduk di Brighton, satu kawasan yg sgt sikit populasi muslim apatah lagi org melayu, maka kalau nak makan masakan melayu, kami kene r rajin memasak. X boleh malas2 sbb klu malas alamatnya makan mee segera r gamaknya.
Ehmm, tibe2 teringat kata2 seorang ukhti ni: “makanan yg dimakan akan mempengaruhi perlakuan manusia”. Masa kita lapar, ehhmm, kadang kala kita jadi mudah marah or x sabar n mase kita kenyang maka badan pun jadi malas n apa lagi jom tido…haha…
Hubungkait antara makanan dan karakter manusia.
Ibnul Qayyim berkata: "Seseorang akan memiliki kemiripan karakter dan sifat dengan jenis makanan yang dikonsumsinya.
At-tibyaan fi Ahkamil Qur'an karangan Ibnul Qayyim I/236.
Islam dan makanan:
Islam amat menitikberatkan soal makanan dlm kehidupan seorang muslim.
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(2: 168)
“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (HR Muslim)
Ehmm, bila saya duduk kat UK ni, baru r benar2 menghargai n menitikberatkan status halal n haram pd makanan. Bila beli groceries atau apa2 makanan, maka sudah menjadi satu rutin utk kami meneliti ingredient2 yg terdapat pd label makanan tersebut. Mungkin di sesetengah kawasan di UK ini, amat mudah utk kita mendapat makanan2 yg halal, tp disesetengah tmpt yg lain, kami byk bergantung pd label “ suitable for vegetarian” or “ vegan”.
Masa mula2 saya sampai kat sini, saya sgt takut nak beli apa2 makanan pun dkt supermarket. Takut x halal tp lame2 Alhamdulillah, kami belajar cara nak mencari makanan2 yg halal kat sini. Tp kdg2, disebalik label vegan or vegetarian tu, ade jugak ingredient cam wine dlm makanan tu. Maka sebab itulah, kami kene belek2 dulu label b4 beli any kind of food.
Tulah, kdg2 saya terfikir, kat Malaysia saya tidaklah seteliti ini semasa membeli makanan. Maybe we take everythin 4 granted, we assuming everythin is halal. We not concern much about dis thing in msia. Sbb kita rase secure n fikir sumenya halal sdgkan ada juga makanan or snek yg xde pun tanda halal.kadangkala kita main rembat jer..entahlah, saya pun terase camtu gak. Bila sampai sini, baru r rase kepentingan membaca label b4 membeli sesuatu makanan tu. Ada hikmahnya tuhan hantar kami belajar kat sini.
Okay2, since kat sini x banyak kedai makan halal, maka saya pun belajarlah utk merajinkan diri memasak kat umah. Ehmm, x boleh r nak expect masak lemak pucuk ubi or ikan bakar cicah air asam kat sini kan? Maka kami pun guna r kreativiti n ingredient2 yg ade utk masak Malaysian food kat sini..
Ape yg saya suka masak n makan?
1. Laksa penang.
Resepi ni paling simple
Carik r mee laksa or dorang panggil rice stick dari oriental shop (rendam n rebus mee tu).
Utk kuah die:
Guna tuna chunk or pilchard in brine sbg ganti isi ikan sardine. Blend bawang merah, bawang putih, belacan , cili kering, cili api n tuna chunk. Pastu bubuh dlm periuk. Panaskan api, masukkan asam keping n then daun kesum (tu kalau ade r), kalau xde pun xpe. Inshaallah, still lagi jadi laksa. After tu masukkan garam secukup rase.
Hiasan: telur rebus, timun, salad, bawang besar yg dihiris n cili merah
Jeng.je.jeng!!! jadi r laksa penang.
2. Saya suka masak bende simple cam mee sup ni.
Or maybe just nasi goreng kunyit (yg ni sgt simple n mudah especially bila barang kat fridge dah habis)
3. Spaghetti goreng ikut suka hati.
4. Ni die hasil menjala di dapur..roti jala org bujang..
So, kesimpulannya, anda x perlu jadi terrer cam Chef Wan utk memasak makanan2 ni. Yg ptg anda kene berani mencuba. Masak r dgn hati yg ikhlas n gembira, Inshaallah, makanan anda akan menjadi lebih sedap.
JOm, Mari mEMASAK!!!
p/s: Dengan memasak sendiri di rumah, anda dpt memastikan kehalalan makanan anda n yg lagi best perut anda pun kenyang!!!
Tuesday, April 19, 2011
SCUK 11
Assalamulaikum para akhawat …
Rasenye dah lame saya x tulis kat blog ni. Erm, saya nak citer experience saya pg spring camp (SCUK11) kat hijjaz Islamic college nuneaton, Warwickshire baru2 ni…
First, saya expect spring camp should be hot lah kan? Maklumlah, name pun spring tp sangkaan saya btol2 terpesong. Sesampainye saya kat sane, punye r terkejut. Kami kene berspring camp dlm tent yg dibina atas tar. Mula2 mmg surprise, biar btol nak wat program kat sini? Sgt sejuk n lantai yg berbatu2. Pastu, lagi surprise bila dpt tau kami akan wat sume aktiviti kat situ, berprogram, tido, makan n solat kat situ. Biar btol??? Mula r dtg complaint yg mcm2. Manusia ni mmg x pandai bersyukur kan? Termasuklah saya.
Senang bagi mulut kita utk menyeru org lain bersyukur, tp bila kita berada dlm situasi tu, baru kita sedar yg cakap mmg senang tp bikin itu perkara susah kawan2.. ..
Mulalah saya merungut dlm hati, ishh, nape r tempat ni camni..adoi, camner nak sleep mlm nnt? Abes r aku beku dlm tent ni…mula r saya berprasangka yg bukan2.
Alhamdulillah n thanks Allah sbb menyedarkan saya, slps berborak dgn seorg ukhti ni, baru saya sedar situasi sebenarnye. Adalah sgt zalim n tidak adil sekiranya saya myalahkan pihak penganjur atas ketidaksempurnaan n ketidakeselesaan ini sdgkan mereka sudah bersusah payah mengatur segalanya. Rase sgt bersalah bila melihat para akhawat bekerja keras utk memberi keselesaan pada kami. Sgt kagum pada kelompok hamba Allah yg tidak pernah mengeluh bahkan sentiasa melontarkan senyuman yg cukup manis tatkala melayan rungutan dr kami. Mereka sanggup bersusah payah utk kami.
Bertapa mereka benar2 menghayati hadis Rasulullah saw
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)
(Hadis 13)
Mula2 rase ishh, nape r aku g spring camp ni? Tapi akhirnya saya sedar inilah jalan terbaik bg saya utk mentarbiah diri disebalik ketidakselesaan ini. Tibe 2 teringat firman ALLAH.
Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 216)
Kenapa saya rasa ini terbaik utk saya?
Sebab......Banyak bende saya belajar dari spring camp kali ini...
1. Kagum dgn ukhti2 yg sgt baik n x lokek dgn senyuman. Mengutamakan org lain lebih dr diri mereka sendiri. Syabas ukhti, may ALLAH always bless u. Mintak2 r saya juga akan berjaya menjadi spt anda semua.
2. Sedar yg ALLAH adalah sebaik2 perancang. ALLAH memberi kami direct tarbiyah dgn mengurniakan tmpt tidur n program yg sgt sejuk shg kami semua tidur menggigil2... baru saya sedar situasi itu benar2 mengajar saya utk sentiasa bersyukur dgn sumer nikmatnye selama ini.
Dikurniakan kamar tidur yg selesa, ada duvet, heater n mcm2 lagi. Sdg kami hendak tidur dlm sleeping best berlantaikan tar yg berbatu2, ditengah2 suhu yg cukup rendah, tibe2 saya terase bagaimanakah perasaan homeless people n mereka mangsa bencana dijepun haritu...
Baru saya dpt memahami perasaan mereka selama ini..
3. Alhamdulillah, mlm kedua kami dpt berpindah ke ruang yg lebih selesa, dlm gym yg warm n sgt comfortable. Barulah saya rasa benar2 bersyukur. Utk kita menghargai sesuatu kadangkala ALLAH akan mengurniakan kesusahan dahulu, supaya kita sedar bertapa nikmatnya pemberian tuhan itu. Satu tarbiyah yg sgt bermakna buat saya.
4. Berprogram bersama para ukhti yg cukup berilmu membuat saya utk berusaha lebih gigih mendalami ilMU ALLAH. Kdg2 rase diri ini sgt penuh kekurangan apabila berhadapan dgn para ukhti yg hebat2 belaka. Saya sedar, life is a learning process. Learning is a never ending process. Di atas kita sentiasa ada insan yg lebih hebat dr kita. Namun, kita juga harus sentiasa mencabar diri kita utk menjadi sehebat mereka dlm berbuat kebajikan. Inshaallah...
Teringat kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Kisah dr al-QURAN yg penuh dgn tarbiyah utk kita..
Lastly, Alhamdulillah for giving me a such great opportunity n experience in this spring camp. For ukhti2 tersayang, terima kasih atas kerja keras anda, semoga ALLAH akan membalas kebaikan anda semua. Inshaallah. AL-QURAN DUSTURINA!!!
Ni die lagu tema camp kami.
EnJOy!!!
EnJOy!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)